Sunday, October 10, 2010

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

BKEB SESI 09/10

*PENGGAL I

DIALOG ANTARA PENTADBIRAN DENGAN MAHASISWA

TARIKH : 7/01/10

MASA : 11.00 pagi

TEMPAT : Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

OBJEKTIF

· Mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran.

· Mengenal pasti setiap permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa.

· Menyampaikan input-input terkini tentang KUIN kepada mahasiswa.

· Membina keyakinan mahasiswa terhadap pengurusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah.

· Menjawab setiap persoalan dan kemusykilan mahasiswa terhadap pengurusan pentadbiran mahasiswa.

· Membuktikan kepada mahasiswa bahawa pihak pentadbiran sentiasa mengambil perhatian dan memandang serius terhadap kebajikan mahasiswa.


*PENGGAL II

MENYINGKAP RAHSIA DISEBALIK TABIR

TARIKH : 21/8/10

MASA : 9.00pg – 5ptg

TEMPAT : Di sekitar Negeri Kedah Darul Aman

OBJEKTIF

  • · Mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran dan MPM.
  • · Mengenal pasti setiap permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa.
  • · Melihat dan merasai sendiri kesusahan yang dihadapi mahasiswa Insaniah.
  • · Memberi sumbangan dan semangat kepada mahasiswa untuk terus membina kejayaan yang cemerlang di KUIN.
  • · Membina keyakinan mahasiswa terhadap usaha biro kebajikan dalam membantu mahasiswa.
  • · Membuktikan kepada mahasiswa bahawa MPM sentiasa mengambil perhatian dan memandang serius terhadap kebajikan mahasiswa.

MAKLUMAN DAN SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH MENYUMBANG

DANA BESAR YANG DAPAT DIKUMPUL BKEB

1.BKEB telah berjaya mengumpul RM 3177.00 hasil daripada program Tripple T-Training muslimat dan muslimin. Sumbangan tersebut telah diberikan sepenuhnya kepada seorang mahasiswi Kolej Universiti Insaniah yang telah menghidap penyakit kronik iaitu jantung berlubang dan paru-paru. Alhamdulillah, keadaan beliau sekarang semakin baik dan beliau dapat belajar kembali seperti biasa.

2. BKEB juga telah memberi sumbangan sebanyak RM 1184.00 kepada keluarga arwah Mohd Nazeri bin Md Taib hasil kutipan daripada semua kuliyyah.

3. Secara keseluruhannya, hampir RM 10,000.00 daripada dana BKEB yang terdiri daripada sumbangan kuliyyah-kuliyyah, program-program, aktiviti-aktiviti BKEB telah diagihkan dan diberikan sumbangan kepada mahasiswa/wi yang telah dikenalpasti permasalahannya daripada pelbagai sudut terutamanya dari segi kewangan seperti yuran, perbelanjaan harian, keluarga, menghidap penyakit kronik, sakit, menjalani pembedahan, kematian ayah atau ibu dan lain-lain lagi.

SEPANJANG 26 SEPTEMBER 2010 SEHINGGA 11 OKTOBER 2010

(MANTAN EXCO)

*Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan zakat kedah, pelajar sakit, kekurangan kewangan, yuran pelajar dan lain-lain.

*Memberi modal kepada mahasiswa yang mempunyai masalah kewangan untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi menambah dana perbelanjaan harian hidup.

No comments:

Post a Comment