Saturday, August 28, 2010

INFO : PENYAMPAIAN ZAKAT USIMA


MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA
SYARIKAT KUMPULAN USIMA BAGI TAHUN 2010


28 OGOS : Satu majlis penyampaian zakat dan berbuka puasa telah dianjurkan oleh pihak USIMA. Majlis penyampaian zakat melibatkan hampir 2700 orang adalah terdiri daripada anak - anak yatim, pelajar sekolah , pelajar tahfiz, golongan kurang upaya, serta warga Insaniah. Pihak Bkeb bersama 96 orang mahasiswa Insaniah turut bersama dalam majlis ini. Seramai 62 orang mahasiswi dan 34 orang mahasiswa Insaniah yang terpilih untuk menerima zakat tersebut. Untuk makluman, bilangan sebenar yang dipilih adalah seramai 120 orang. Namun ada sebahagian daripada mereka juga mengikuti misi bersaudara ke selatan Thailand.
Bagi mahasiwa yang terpilih dan belum menerima zakat tersebut bolehla merujuk terus kepada kak Ira ( HEP ) bagi mendapatkan maklumat selanjutnya. Diminta kepada sahabat - sahabat KUIN yang mengetahui bahawa ada di kalangan sahabat - sahabat kita hidup dalam kesusahan bolehlah di maklumkan kepada pihak Bkeb. Kerjasama anda amat kami perlukan bagi membantu sahabat - sahabat KUIN. Kita semua lah merupakan punca saluran kebajikan buat sahabat -sahabat kita.

INFO : LAPORAN PROGRAM


MENYINGKAP RAHSIA DISEBALIK TABIR



Buat makluman sahabat - sahabat KUIN, Bkeb telah menganjurkan satu program yang dinamakan "Menyingkap Rahsia di sebalik Tabir" pada 21 Ogos baru - baru ini. Pengarah program ini adalah saudara Mohd Aiman Bin Abdul Razab. Sempena sambutan bulan yang mulia ini, hadirnya program ini adalah bertujuan untuk menziarahi ,membantu serta meringankan bebanan sahabat - sahabat di samping ingin merasai keperitan hidup mereka sekeluarga.

Program ini merupakan kali pertama dilaksanakan dan pihak Bkeb telah memilih sebanyak 4 buah keluarga sahabat Kuin untuk dilawati dan dibantu. Mereka adalah Urwah bin Abdul Wahab dari kuliah diploma IT , Mohd Firdaus Bin A. Bakar dari kuliah usuluddin tahun 3, Nor Diana Abdul Ghani kuliah kejururawatan , dan yang terakhir adalah Syahdah binti Senawi kuliah perakaunan.


Pihak Bkeb mewakili MPM KUIN merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat Dekan HEP yang turut sama turun padang menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada keluarga sahabat KUIN yang diraikan. Tidak dilupakan juga, buat semua sahabat – sahabat kuin yang menghulurkan sumbangan dan untuk makluman sahabat juga hasil kutipan derma daripada pihak sahabat membolehkan kami membeli barangan keperluan asas seperti gu

la, gandum, minyak masak, susu, sardine, telur, dan lain – lain lagi yang turut dijadikan sumbangan. Semoga program ini akan ada kesinangbunganya dan dibuat bersiri kerana masih ramai lagi sahabat –sahabat KUIN yang memerlukan sumbangan. Kami pihak Bkeb hanya sebagai orang tengah, kita lah sahabat – sahabat kuin bersama – sama menghulurkan tangan meringankan beban mereka walau seketika.



Rumah pertama : Pihak Bkeb bersama ahli jawatankuasa program serta Encik Zolkifli ( Dekan HEP ) bertolak dari KUIN pada jam 9.30 pagi untuk pergi ke destinasi pertama di Pondok Bukit Lada, 06400, Pokok Sena. Urwah B. Abd Wahab seorang pelajar diploma IT yang kami lawati ini mempunyai 7 orang adik beradik dan beliau anak yang ke tiga. Rombongan kami tiba di rumahnya lebih kurang pukul 10.15 pagi. Pihak Bkeb berasa terpukul apabila melihat keadaan rumah mereka.

Semoga mereka tabah menghadapi imtihan Allah.







Rumah kedua : Kami meneruskan ke destinasi yang ke dua yang beralamat Kampung Tok Kun, Mukim Bukit Lada, 06400, Pokok Sena. Jurusan Kejururawatan adalah bidang yang dipelajari di KUIN , Nor Diana Abd Ghani merupakan sahabat KUIn yang kedua kami raikan.Beliau mempunyai 8 orang adik beradik. Bapa dan ibunya hanyalah penoreh getah. Bayangkan sahabat – sahabat dengan pendapatan bulanan sekitar RM 500 untuk menyara mereka

sekeluarga. Mungkin ramai lagi sahabat kita umpama Nor Diana...



Rumah Ketiga : Seterusnya kami bersama – sama meneruskan perjalanan menuju ke Hutan Kampung mencari alamat No 83BT 43/4 Kampung Maseh, Hutan Kampung, 05350, Alor Setar. Disinilah tempat berteduh keluarga Syahdah Bte. Senawi diploma Perakaunan KUIN.Ayahnya merupakan seorang penjaja kuih di kawasan tersebut. Hasil jualan itulah beliau menyara

Syahdaah bersama 5 orang adiknya. Pendapatannya hanya sekitar RM 400 sebulan. Kami meneruskan perjalanan ke rumah yang terakhir sekitar jam 12.30 petang.





Rumah keempat : Jerlun destinasi seterusnya yang dituju. Disini tinggalnya sahabat kita bernama Mohd Firdaus B. Bakar kuliah Usuludin tahun 3. Sejak kematian ayahnya,ibu dan abangnya yang menanggung pembelanjaan keluarganya. Ini merupakan destinasi terakhir.Semoga kehadiran program ini dapat membuka mata kita untuk membantu sahabat – sahabat kita yang lain.