Thursday, August 5, 2010

INFO : ZAKAT KEDAH

BUAT ANAK-ANAK KEDAH


5 Ogos 2010, satu Majlis Penyerahan Zakat bagi Negeri Kedah telah dijalankan oleh Pejabat Zakat Negeri Kedah kepada Pentadbiran Kolej Universiti Insaniah. Jumlah zakat bertambah kepada RM 1 juta 100 pada tahun ini berikutan daripada penambahan jumlah kemasukkan mahasiswa yang telah disampaikan melalui penyerahan cek.

Pengagihan zakat ini akan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) kepada mahasiswa yang telah dikenalpasti latarbelakangnya melalui borang-borang zakat yang telah dikeluarkan oleh HEP pada minggu lepas.

Sebagai satu penghargaan buat Jabatan zakat Negeri Kedah yang lebih mengutamakan Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah IPT yang menerima zakat, maka kita sebagai seorang mahasiswa dapat berfikir secara positif akan bagaimana pengagihan ini berlaku dan diharap tidak akan timbul lagi masalah pelbagai kerenah mahasiswa di Jabatan Zakat kerana pengagihan yang dilakukan kepada mahasiswa telah diamanahkan kepada KUIN untuk menguruskan.

Bagi Biro Kebajikan, kami telah membawa senarai nama seratus lebih mahasiswa kepada pihak HEP yang telah dikenalpasti latarbelakangnya bagi meminta agar nama-nama yang tersenarai lebih diutamakan.


2 comments:

  1. salam..nak tnya laa...kenapa zakat lambat diagih pada pelajar?mana pergi duit zakat2?nak simpan buat apa?pelajar yang sedia dapat tiap2 tahun pon nak dproses lagi ka?tolong la faham keadaan pelajar yg datang dari keluarga yg miskin...yang hanya mengharap duit zakat n bantuan saja...pihak yg ambik duit ni xfaham ka keadaan org susah?pikiaq la sama org2 yg xdak duit ni....xdak ati peghut kot depa ni?duk pegang duit org...xmau bagi2...apa ceghita?sama2 pikiaq la no?kecian budak2 yg xdak duit ni...pelajaq2 yg perlu duit...pikiaq2 la no?jangan kita menyusahkn org..nanti ALLAH bg kita2 susah 10x ganda susah kot?no....?

    ReplyDelete
  2. kalau boleh laa...tahun2 akan datang..bagi pelajar terima terus dari pihak zakat..xpayah melalui KUIn...susah...pelajaq susah...PIHAK KUIn LAGI2 SUSAH..!!! no...?

    ReplyDelete