Tuesday, May 11, 2010

MASALAH ANDA MASALAH KAMI, KEBAHAGIAN ANDA MATLAMAT KAMI

Di sini kami cuba memberikan yang terbaik kepada sahabat-sahabat. Namun kami tidak dapat melakukan sendirian TANPA BANTUAN SAHABAT-SAHABAT. Kami akan sentiasa terbuka menerima sebarang kritikan, cadangan, nasihat dan akan menjadi pendengar yang setia. Semoga kita sama-sama dapat berbincang dengan cara yang baik tanpa sebarang salah faham..Sokongan kalian penting kepada kami.
  • Kami berusaha dan kita sama-sama merancang tetapi Allah lebih berkuasa menentukan.


INFO : Borang Bantuan

PERSOALAN ?????

1. KENAPA BKEB KENAKAN 0.50$ UNTUK 1 BORANG ? KATA NAK BAGI BANTUAN TAPI KENAKAN BAYARAN PULAK NAK DAPATKAN BORANG PUN...
  • 0.50$ dikenakan kepada setiap mahasiswa yang ingin mendapatkan borang adalah sebagai kos perkhidmatan dan proses pengeluaran borang.
  • Contoh : * kertas, print dan lain-lain. Lebihan duit sahabat-sahabat dimasukkan kedalam tabung Biro Kebajikan bagi membantu sahabat yang bermasalah.
2. KENAPA TAK BOLEH POTOSTAT PULAK ?
  • Setiap permohonan perlu mendapatkan borang yang asli, tidak boleh di fotocopy...bukan untuk menyusahkan sahabat-sahabat semua tetapi BKEB mengambil inisiatif ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang penipuan
3. SEKARANG APA CERITANYA, KAMI DAPAT TAK SUMBANGAN ???
KENAPA LAMBAT SANGAT ??????
  • BKEB perlu mengambil masa untuk mengemaskini setiap data pemohon bantuan agar satu maklumat lengkap dapat disediakan secara terperinci. BKEB juga perlu melihat secara terperinci setiap maklumat pemohon
4. KENAPA SUSAH SANGAT NAK MINTA BANTUAN,
BANYAK YANG PERLU DISEDIAKAN ??
?
  • BKEB cuba mengatasi masalah pemalsuan maklumat yang pernah dilakukan oleh sesetengah pihak.
  • BKEB melihat secara detail dan memandang serius terhadap setiap permohonan yang dibuat dan dokumen-dokumen yang diminta dapat dijadikan bukti
  • BKEB juga cuba memberi bantuan kepada sasaran yang betul

*BKEB akan memberi sumbangan dan meluluskan permohonan kepada pemohon-pemohon yang layak menerima setelah pertimbangan dibuat.
*Senarai pemohon yang akan menerima akan dikeluarkan @ dipaparkan pada satu waktu yang akan dimaklumkan kemudian

JIKA SAHABAT MASIH MUSYKIL TENTANG BORANG BANTUAN BOLEHLAH HUBUNGI ATAU ADA SEBARANG COMENT BOLEHLAH BERSOAL JAWAB DENGAN KAMI DIRUANGAN "JOM KITA KONSI"










Kenali BKEB sesi 09/10

Biro Kebajikan (BKEB) sesi 2009/2010 mempunyai 3 unit utama bagi memastikan gerak kerja berjalan dengan lancar. Antara unit-unit yang telah ditubuhkan
ialah :-


1. UNIT PERKHIDMATAN KEWANGAN & PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
  • Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu mahasiswa termasuk pelajar antarabangsa yang mempunyai masalah dari segi kewangan khususnya.
2. UNIT INFRASTRUKTUR & PEMBAIKKAN
  • Unit ini ditubuhkan bagi membantu mahasiswa mendapatkan keselesaanyang sewajarnya yang berkaitan dengan bilik kuliyyah dan tempat tinggal terutamanya.
3. UNIT INFORMASI & MAKLUMAT
  • Unit ini ditubuhkan bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai sebarang permasalahan mahasiswa
  • Menerima setiap aduan mahasiswa
  • Mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat mengenai permasalahan mahasiswa bagi mengelakkan berlakunya penipuan @ pemalsuan maklumat

Kenapa blog BKEB di bina?

Untuk Makluman Mahasiswa/wi KUIN

Buat pertama kalinya, blog Biro Kebajikan Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah telah dibina. Objektif utama pembinaan blog ini adalah untuk :-

  • Merealisasikan dasar kedua MPM iaitu prihatin dan berkebajikan
  • Merapatkan ukhwah antara semua Ahli Jawatankuasa BKEB dengan mahasiswa
  • Berusaha menyelami dan mengetahui masalah-masalah mahasiswa dari pelbagai sudut
  • Menerima sebarang aduan, cadangan, teguran, pendapat, nasihat dan luahan daripada semua mahasiswa
  • Berusaha membantu mahasiswa mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pelbagai aspek
  • Menjadi media untuk menyalurkan info-info terkini mengenai KUIN dan gerak kerja BKEB
  • Membuktikan Biro Kebajikan Majlis Perwakilan Mahasiswa kali ini sentiasa prihatin dan memandang serius terhadap kebajikan mahasiswa

Kalam Pengerusi BKEB

Tinta berharga

Sunday, May 2, 2010

Renungan bersama



Firman Allah :

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung”
(Ali Imran : 104)