Wednesday, August 18, 2010

INFO : SAHABAT KITA


Ketua Biro Kebajikan menyampaikan sumbangan mewakili pihak MPM KUIN kepada Bapa sahabat KUIN yang terlibat kemalangan pada 17 Ogos 2010



Al FATIHAH

18 OGOS : Salah seorang dari sahabat KUIN telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya petang selasa baru - baru ini. Beliau adalah Muhammad Ezat Nazmi dari kuliah Asasi Pengajian Islam. Jenazah telah disemadikan di kampung beliau di Kampung Bukit Jambul Pendang Kedah lebih kurang jam 11 pagi semalam. Pengerusi Bkeb bersama 2 orang AJk mewakili MPM KUIN meluangkan masa menziarah serta memberi sumbangan bagi meringankan bebanan yang di hadapi keluarga mangsa. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah terus disalurkan kepada pengerusi atau timbalan pengerusi serta ajk Bkeb yang dilantik .Pihak Bkeb mendoakan semoga roh sahabat kita ini di tempatkan di makam yang mulia bertepatan pemergiannya di bulan Al Mubarak ini. (Al Fatihah)

No comments:

Post a Comment