Tuesday, June 29, 2010

ISU : KESELESAAN BILIK KULLIYYAH

MASALAH MICROFON

Ya, isu ini telah lama diperjuangkan MPM. Bagi MPM sesi 09/10, semenjak di awal kenaikkan kami pada Januari 2010 keselesaan bilik kulliyyah merupakan isu yang tak pernah kami terlepas pandang. Lebih daripada 3 kali BKEB telah berjumpa dengan pihak pentadbiran bagi usaha mengatasi masalah ini. Sebanyak 3 kali juga pantauan telah kami buat ke atas tiap bilik kulliyyah bagi mengenalpasti jenis kerosakkan.
Hasil daripada perbincangan dan aduan daripada semua pihak, kini pihak pentadbiran telah menyediakan microfon di setiap bilik kulliyyah blok D. Namun, sekiranya masih terdapat sebarang kerosakkan atau kehilangan microfon, setiap ketua kulliyyah atau timbalan bolehlah terus menghubungi Pak Cik Nasir selaku pihak yang menguruskan bahagian peralatan di bilik kulliyyah.


Kepada pihak pentadbiran yang telah dapat menyediakan kemudahan microfon, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan.


No comments:

Post a Comment