Tuesday, June 8, 2010

INFO : PTPTN

PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI KUIN !!!!

Untuk makluman semua mahasiswa/wi yang mendapat tajaan PTPTN (samada baru @ lama), anda dikehendaki menandatangani surat akuan persetujuan pertukaran Akaun Bank dari CIMB ke BIMB yang dikeluarkan oleh pihak PTPTN.

Sahabat-sahabat perlu pergi ke kaunter umum Jabatan HEP untuk berbuat demikian dengan menyatakan tahun tajaan awal PTPTN.

Surat akuan yang telah ditandatangani perlu dikembalikan kepada staf di Jabatan HEP. Bagi mana-mana mahasiswa/wi yang tidak mempunyai akaun bank Islam, anda tidak perlu ke bank Islam untuk membuka akaun baru kerana akaun baru anda akan dibuka secara automatik oleh ibu pejabat bank Islam begitu juga dengan mahasiswa/wi yang sudah memiliki akaun bank Islam, akaun baru juga akan dibuka oleh pihak bank.

P/s : Kepada sahabat-sahabat yang masih belum menandatangani surat tersebut, anda bolehlah berbuat demikian di Jabatan HEP

1 comment:

  1. salam...maaf nak tanya...bila duit ptptn bila nak dapat?bulan berapa ya boleh dapat duit ptptn ni?

    ReplyDelete