Di sini kami cuba memberikan yang terbaik kepada sahabat-sahabat. Namun kami tidak dapat melakukan sendirian TANPA BANTUAN SAHABAT-SAHABAT. Kami akan sentiasa terbuka menerima sebarang kritikan, cadangan, nasihat dan akan menjadi pendengar yang setia. Semoga kita sama-sama dapat berbincang dengan cara yang baik tanpa sebarang salah faham..Sokongan kalian penting kepada kami.
Kami berusaha dan kita sama-sama merancang tetapi Allah lebih berkuasa menentukan.
1. KENAPA BKEB KENAKAN 0.50$ UNTUK 1 BORANG ? KATA NAK BAGI BANTUAN TAPI KENAKAN BAYARAN PULAK NAK DAPATKAN BORANG PUN...
0.50$ dikenakan kepada setiap mahasiswa yang ingin mendapatkan borang adalah sebagai kos perkhidmatan dan proses pengeluaran borang.
Contoh : * kertas, print dan lain-lain. Lebihan duit sahabat-sahabat dimasukkan kedalam tabung Biro Kebajikan bagi membantu sahabat yang bermasalah.
2. KENAPA TAK BOLEH POTOSTAT PULAK ?
Setiap permohonan perlu mendapatkan borang yang asli, tidak boleh di fotocopy...bukan untuk menyusahkan sahabat-sahabat semua tetapi BKEB mengambil inisiatif ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang penipuan
3. SEKARANG APA CERITANYA, KAMI DAPAT TAK SUMBANGAN ??? KENAPA LAMBAT SANGAT ??????
BKEB perlu mengambil masa untuk mengemaskini setiap data pemohon bantuan agar satu maklumat lengkap dapat disediakan secara terperinci. BKEB juga perlu melihat secara terperinci setiap maklumat pemohon
4. KENAPA SUSAH SANGAT NAK MINTA BANTUAN, BANYAK YANG PERLU DISEDIAKAN ???
BKEB cuba mengatasi masalah pemalsuan maklumat yang pernah dilakukan oleh sesetengah pihak.
BKEB melihat secara detail dan memandang serius terhadap setiap permohonan yang dibuat dan dokumen-dokumen yang diminta dapat dijadikan bukti
BKEB juga cuba memberi bantuan kepada sasaran yang betul
*BKEB akan memberi sumbangan dan meluluskan permohonan kepada pemohon-pemohon yang layak menerima setelah pertimbangan dibuat. *Senarai pemohon yang akan menerima akan dikeluarkan @ dipaparkan pada satu waktu yang akan dimaklumkan kemudian
JIKA SAHABAT MASIH MUSYKIL TENTANG BORANG BANTUAN BOLEHLAH HUBUNGI ATAU ADA SEBARANG COMENT BOLEHLAH BERSOAL JAWAB DENGAN KAMI DIRUANGAN "JOM KITA KONSI"
Biro Kebajikan (BKEB) sesi 2009/2010 mempunyai 3 unit utama bagi memastikan gerak kerja berjalan dengan lancar. Antara unit-unit yang telah ditubuhkan ialah :-
1. UNIT PERKHIDMATAN KEWANGAN & PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu mahasiswa termasuk pelajar antarabangsa yang mempunyai masalah dari segi kewangan khususnya.
2. UNIT INFRASTRUKTUR & PEMBAIKKAN
Unit ini ditubuhkan bagi membantu mahasiswa mendapatkan keselesaanyang sewajarnya yang berkaitan dengan bilik kuliyyah dan tempat tinggal terutamanya.
3. UNIT INFORMASI & MAKLUMAT
Unit ini ditubuhkan bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai sebarang permasalahan mahasiswa
Menerima setiap aduan mahasiswa
Mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat mengenai permasalahan mahasiswa bagi mengelakkan berlakunya penipuan @ pemalsuan maklumat
Firman Allah : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung” (Ali Imran : 104)