Friday, August 27, 2010

INFO : KITA BERSAUDARA



MISI " KITA BERSAUDARA "


26 OGOS : Satu majlis perasmian " Misi Kita Bersaudara " ke selatan Thailand telah diadakan di ruang legar hadapan Dewan KUIN . Majlis ini telah disempurnakan oleh Prof Dato' Dr Jamil Bin Osman ( Rektor KUIN ). Seramai 117 orang yang terlibat dalam misi ini. Marilah sama -sama kita mendoakan semoga peserta dapat melaksanakan misi ini dengan jayanya.

INFO : AGIHAN BUBUR LAMBUK


MAJLIS PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK

SAHABAT KUIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, SATU MAJLIS AGIHAN BUBUR LAMBUK AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :



HARI : AHAD
TEMPAT : BELAKANG BLOK B
MASA : 3 PETANG

SAHABAT - SAHABAT KUIN DIJEMPUT HADIR UNTUK MENGAMBIL BUBUR LAMBUK TERSEBUT

INFO : MAJLIS BERBUKA PUASA




MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YANG AMAT MULIA SULTAN KEDAH


25 OGOS: Satu majlis berbuka puasa bersama Sultan Kedah , Sultan Abdul Halim Muazam Shah telah diadakan bertempat di Istana Anak Bukit. Pihak Istana telah menjemput pelajar Insaniah bagi memeriahkan majlis tersebut. Seramai hampir 50 orang pelajar Insaniah yang mewakili biro - biro MPM dan kelab KUIN bersama - sama menghadiri majlis ini. Majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah dan Exco Kerajaan Negeri , Pegawai - pegawai kerajaan, Pensyarah Arab KUIN, dan anak - anak yatim.

INFO : MAKLUMAN PENERIMAAN ZAKAT

ZAKAT USIMA

27 OGOS: Buat makluman sahabat - sahabat KUIN, pada 28 Ogos 2010 ( sabtu ) akan diadakan majlis penyerahan duit zakat kepada pelajar KUIN yang terpilih. Majlis ini akan diadakan di Pendang Resort, Pendang Kedah. Sahabat - sahabat yang terlibat sudah dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi Bkeb dan sekiranya terdapat yang masih tidak dapat makluman boleh merujuk senarai nama yang dilampirkan. Bagi yang terlibat hendaklah berkumpul di KUIN pada jam 3.30 petang. Bas akan bertolak pada jam 4 petang dan akan berbuka puasa di sana. Anda akan dibekalkan dengan Kupon di dalam bas. Hanya yang memiliki kupon sahaja yang akan menerima zakat tersebut. Segala permasaalahan boleh terus menghubungi pihak Bkeb.





Tuesday, August 24, 2010

INFO : MAKLUMAN KULIAH RAMADHAN


kuliah pada 24 ogos bersama Ust Din Tok Guru...banyak ilmu baru yang boleh anda dapati

JOM DUDUK DI SURAU

24 Ogos : Kami pihak Bkeb mengajak sahabat - sahabat kuin untuk memeriahkan kuliah ramadhan yang diadakan di surau KUIN pada setiap hari ahad sehingga khamis pada jam 1.45 petang. Anjuran bersama Radio Malaysia Kedah dengan kerjasama HPA dan KUIN.

INFO : SAHABAT KITA


Pengerusi Bkeb Menyampaikan sumbangan kepada Akhi Fathi



Keadaan adik Nasyariah Binti Omar ( adik akhi Fathi ) berusia 4 tahun di dalam wad PICU Hospital Bahiyah
( gambar diambil oleh Akhi Fathi )


Hanya gambar Hospital yang sempat diambil...InsyaAllah sekiranya dapat gambar adik akhi Fathi kami akan postingkan.


DOA BUAT ADIK AKHI FATHI OMAR

24 Ogos : Buat makluman sahabat , 2 orang ajk Bkeb telah pergi menziarahi adik akhi Fathi di Hospital Sultanah Bahiyah. Namun, pihak kami dilarang untuk memasuki bilik rawatan kecemasan ( PICU ) atas sebab - sebab keselamatan dan bilik itu hanya dibenarkan kepada bapa dan ibu nya sahaja untk melawat. Pihak kami sempat berjumpa dengan ayahanda Fathi dan beliau memaklumkan bahawa anaknya akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pada esok hari dalam pukul 6 .30 pagi dan kemungkinan akan dibedah pada jam 3.00 petang. Marilah kita sama - sama mendoakan semoga pembedahan itu selamat dijalankan dan adiknya akan cepat sembuh.

Monday, August 23, 2010

INFO : SAHABAT KITA

KITA CAKNA

23 OGOS : Untuk makluman sahabat - sahabat KUIN, 2 orang dari sahabat kita telah diuji oleh Allah dengan pemergian ayahanda tercinta dan adik dimasukkan ke wad ICU. Beliau yang dimaksudkan adalah Aminah Binti Yusof mahasiswi tahun satu diploma perakaunan yang mana ayahandanya telah kembali kerahmatullah pada 21 Ogos . Manakala sahabat kita, Fathi bin Omar mahasiswa ijazah Perakaunan diuji dengan kemasukan adiknya yang baru berusia 4 tahun ke wad ICU di Hospital Sultanah Bahiyah dan beliau perlu menjalani pembedahan dengan segera. Pihak Bkeb telah menghulurkan sumbangan dari tabung kebajian buat kedua sahabat kita ini bagi meringankan bebanan serta tanggungan yang dialami oleh mereka. Semoga siswi Aminah tabah meneruskan perjalanan kehidupan dan buat adik akhi Fathi semoga disembuhkan dari penyakit yang di alaminya. Marilah sama-sama kita mendoakan supaya mereka tabah dah sabar menghadapi ujian Allah yang Maha dasyat ini. Sekiranya sahabat ingin menghulurkan sumbangan bolehlah terus kepada Ketua BKEB ( Zafri ) atau timbalannya ( Atiqah Razak ) atau kepada ajk BKEB yang dilantik.
(Al Fatihah buat Ayah Aminah )